Selasa, 28 Julai 2015

Netizen marah Muhyiddin digugurkan

logo muhyiddin
Muhyiddin 
 
 
SHAH ALAM - Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.
 
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.
 
“Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.
 
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.
 
“Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada Muhyiddin Yassin)?” katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen tersebut.
 
Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri.
 
“Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat, tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu,” katanya.
 
Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu punca sebenar Muhyiddin digugurkan.
 
 

1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.