SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya
berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral
baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi
berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar
pun pahit'.
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen
dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang
berlandaskan senario politik hari ini.
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin
boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang
menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU
akan datang.
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi
saya satu hikmah yang ALLAH beri kepada kita selepas PRU lalu tahun
2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah
140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan
bukan nak ulang cerita lama.
"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus
merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk
terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM
dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah
ambil mungkin jadi 120 atau lebih kurang daripada itu, nasib baik kita
masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat
Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata,
oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat
perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.
"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.
"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam
Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat
apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan
dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir
berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi
kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan
saya sebut," kataya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.