MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya,
menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain Muhyiddin, lima orang menteri dan seorang timbalan menteri
digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di
Putrajaya hari ini.
Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.
"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak
sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan
umum terhadap kerajaan serta negara.
"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.
"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang
amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat
bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.
Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa
fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan
oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang
ke-13.
"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan
yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara
serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak
dengan berkesan.
Berikut adalah perubahan baru yang diumumkan Najib:
Menteri Kabinet
Datuk Wilfred Madius Tangau – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Hamzah Zainudin – Sumber Manusia
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Mahdzir Khalid – Pendidikan
Datuk Seri Azalina Othman – JPM
Datuk Seri Ong Ka Chuan – Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak – Komunikasi dan Multimedia
Timbalan menteri
Datuk Mohd Johari Baharum – Pertahanan
Datuk Mas Ermieyati Samsudin – Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Nur Jazlan Mohamed – Dalam Negeri
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Chong Sin Woon – Pendidikan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican – Luar Negeri
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Masir Kujat – Dalam Negeri
Datuk Johari Abdul Ghani – Kewangan
Datuk Ahmad Maslan – Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri digugurkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin – Pendidikan
Datuk Seri G Palanivel – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Shafie Apdal – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ewon Ebin – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Hasan Malek – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Timbalan menteri digugurkan
Datuk Abd Rahim Bakri – Pertahanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.