MALAYSIAKINI
Terminal lapangan terbang antarabangsa bagi syarikat penerbangan tambah
murah dilapor menakung air susulan rekahan di bahagian laluan teksi.
Air juga didakwa bertakung seperti kolam di tempat laluan pesawat, lapor Bloomberg.
Menurut AirAsia Bhd, pengguna terbesar lapangan terbang itu, perkara itu
boleh menyebabkan kelewatan penerbangan serta berpotensi mengundang
risiko keselamatan.
Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata, walaupun pelepasan dan
pendaratan tidak terjejas, pihaknya telah meminta pihak berkuasa
menyelesaikan masalah itu kerana dikhuatiri mencederakan penumpang.
"Lapangan terbang itu masih tenggelam," Aireen dilapor sebagai berkata dalam satu temubual di Kuala Lumpur.
Pengendali Malaysia Airports Holding Bhd pula berkata, pihaknya telah
menurapnya namun masalah tersebut memerlukan penyelesaian kekal.
Kementerian Pengangkutan juga memberitahu Bloomberg bahawa sebuah jawatankuasa audit bebas telah dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.