MALAYSIAKINI
Badan pemantau pilihan raya, BERSIH 2.0 dan Malaysian Electoral Roll
Analysis Project (Merap) mengesan beberapa kecacatan pada daftar
pengundi di Sabah seperti disahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
yang menyelidik mengenai pendatang tanpa izin di negeri itu.
Sebagai contoh, kata pegawai komunikasi BERSIH 2.0, Izmil Amri Ismail,
membabitkan nombor kad pengenalan dan kad pengenalan meragukan seperti
diperakui RCI.
“Ada kes di Sandakan membabitkan seseorang bernama Mainah Takait yang
didaftarkan dua kali menggunakan alamat sama tetapi nombor kad
pengenalan berbeza," katanya.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, laporan RCI setebal 306 muka surat
itu menyatakan "ada bukti mencukupi menunjukkan penduduk bukan
warganegara diberi kad pengenalan biru oleh sindiket haram atau individu
tertentu yang mendaftar mereka menggunakan kad pengenalan palsu."
Justeru, katanya, BERSIH 2.0 menegaskan sekali lagi perlunya pihak
berkuasa bertindak segera dan mengekang masalah itu seperti dinyatakan
laporan RCI berkenaan.
Izmil berkata, Merap juga mengesan kecacatan dalam daftar pengundi Sabah
apabila 80 peratus pengundi di daerah tertentu mengandungi penduduk
daripada etnit Bugis, Bajau, Melayu dan Suluk ketika kumpulan majoriti
di situ sepatutnya Kadazandusun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.