Bagaimanapun apabila berada di tabika, dia akan makan dengan banyak.
Seorang guru tabikanya berasa curiga apabila diminta tidak memberi makan kepada kanak-kanak itu dengan makanan yang mengandungi gula "kerana dia mempunyai masalah kulit".
Apabila guru tabika, Rohaida Mohammad, 44, bertanya kanak-kanak itu apa yang dimakannya di rumah, beliau memberitahu: "Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Rohaida, yang bekerja di Tabika Ummi.
"Sebelum ini, ibu tiri yang saya fikir cuba menutup kesalahannya pernah memberitahu bahawa jangan berikan makanan bergula kepada kanak-kanak itu kerana menghadapi masalah kulit.
"Tetapi saya agak aneh apabila mendapati kanak-kanak itu makan dengan banyak setiap kali dia berada di tabika ini.
"Hanya selepas itu baru saya menyedari kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah kulit, tetapi itu adalah helah ibu tiri untuk menutup penderaan yang dilakukannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, di sini, Rabu.
Rohaida berkata beliau pernah bertanya kanak-kanak itu siapa yang memukulnya dan dia akhirnya memberitahu "mummy".
"Daripada melakukan sesuatu tentang hal itu, ibu tiri itu akhirnya memberhentikan persekolahan anaknya dari tabika pada Mac lalu."
Rohaida kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pengerusi tabika dan merancang untuk bersemuka dengan bapa dan ibu tiri muda terbabit dan tidak bercadang untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.
"Kami tidak mahu terlibat dalam masalah pasangan itu. Walaupun saya menjaga kanak-kanak itu, tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," katanya.
Selain itu jiran suspek, Sabariah Ahmad 51, berkata bapa kanak-kanak itu memperlihatkan dirinya seolah-olah seorang bapa yang yang baik dan suka bertegur sapa.
"Tanggapan pertama saya adalah bahawa dia adalah bapa yang baik dan saya mengenali dia selepas dia berpindah ke sini 12 bulan yang lalu. Tetapi isterinya jarang bercakap dengan saya.
"Amat mengejutkan apabila mengetahui tentang nasib gadis itu kerana saya tidak pernah mendengar apa-apa kekecohan dari rumah pasangan itu," katanya.
Kes penderaan itu terbongkar apabila kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.
Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun yang menjaga kanak-kanak itu sebelum ini telah ditahan reman oleh polis selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.