MALAYSIAKINI
Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata penahanan bekas eksekutif
PetroSaudi International (PSI), Xavier Justo hanyalah satu helah untuk
mengelak perhatian kepada isu 1MDB.
Katanya, pemimpin Umno mungkin suka dengan penahanan warga Switzerland
itu, namun tidak membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang
terjejas dengan hutang 1MDB.
"Penahanan bekas eksekutif PSI, Justo oleh polis Thai mungkin mencetus
kegirangan di kalangan elit Umno, tetapi ia tidak membantu meningkatkan
keyakinan dalam ekonomi kita.
"Ada yang kata, ia sengaja dibuat-buat – satu helah untuk mengalihkan
perhatian kita daripada isu 1MDB,” katanya dalam satu tulisan di blog
kadirjasin.blogspot.com
Bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu turut menimbulkan kebimbangan
bahawa Malaysia mungkin terjejas teruk dengan kebankrapan negara Greece.
Ini kerana, Malaysia, selain Hong Kong dan Singapura, akan terdedah kepada tuntutan bank Eropah, jelasnya.
“Ini boleh berlaku jika bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia
untuk membaiki imbangan akaun mereka, akibat penyingkiran Greece
(Grexit) dari Euro Zone,” katanya.
Beliau berkata demikan dengan merujuk kepada satu laporan majalah pelaburan Barron's Asia berhubung krisis kewangan Greece.
Menurut laporan itu, Malaysia mungkin kerugian hampir 18 peratus daripada KDNK akibat krisis hutang Greece, katanya.
"Laporan Barron menyatakan, sehingga akhir tahun lalu, tuntutan hutang
bank Eropah di Malaysia adalah setara dengan 17.7 peratus daripada KDNK
kita,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu memberi jaminan
bahawa krisis kewangan di Greece tidak akan memberi kesan sistemik
kepada ekonomi Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.