Rabu, 29 Julai 2015

Amaran timbalan pengerusi tetap Umno pada Najib

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz memberi amaran bahawa rombakan kabinet, termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, boleh memusnahkan parti.

“Ini tidak baik sama sekali untuk Umno yang mana tindakannya pada depan  akan memusnahkan parti.

“Jika ia berlaku kita tahu siapa yang harus dipersalahkan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh TheStar.

Mohamad juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengingatkan Najib bahawa kedudukannya, seperti Muhyiddin, dikecapi hasil sokongan akar umbi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno semalam digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, tindakan yang dilihat penganalisis susulan kenyataan kritikalnya dalam isu 1MDB.

Menyentuh tentang syarikat pelaburan negara itu, Mohamad mempertikaikan apa salahnya seorang timbalan perdana menteri bercakap tentang “isu yang membimbangkan rakyat”.

“Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno,” beliau dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.