MALAYSIAKINI
Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan
dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat
Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.
"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik.
Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar
Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada
pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di Kuala
Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul
Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar
lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.
Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan
Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu
nanti.
"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.
Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan
memorandum kepada pengurusan MARA supaya siasatan penuh dan telus dapat
dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh
MARA Inc.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.