Saiful tegaskan penarikan saman RM50 juta itu
tidak bermakna dia menarik balik segala kandungan di dalam laporan
polis yang dibuat terhadap Anwar pada 2008.
PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan mendedahkan tiga sebab mengapa dia menarik semula tuntutan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Sebab pertama, katanya, proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi dan dia tidak berupaya membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu.
“Saya perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah. Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan,” kata Saiful menerusi blognya mohsaifulbukhari.com.
Sebab kedua, Saiful berkata, dakwaan dia diliwat terbukti benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa Anwar bersalah meliwatnya dan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Ketiga, Saiful menyatakan dia tidak mahu proses perbicaraan sivil jika berlaku, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Bagaimanapun, katanya, penarikan saman RM50 juta itu tidak bermakna dia menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang dibuat terhadap Anwar pada 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.