THE RAKYAT POST
Saya jadi menteri kerana
mahu cepat masuk syurga, kata Shahidan pada Rabu ketika menyampaikan
tazkirah kepada pemberita yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama
media di PWTC. - Foto arkib TRP/Adib Hakim
KUALA LUMPUR- Pilihlah apa juga kerjaya sekalipun
dan peganglah apa sahaja jawatan asalkan ia tidak membawa kita ke neraka
– itu nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim hari ini.
“Saya jadi menteri kerana mahu cepat masuk syurga,” kata Shahidan.
“Kalau kita pegang apa-apa jawatan yang menyebabkan kita pergi ke ‘sebelah’ syurga (neraka), jangan pegang jawatan tersebut.
“Buat apa sahaja dalam kehidupan yang
bolehkan kita cepat pergi syurga,” katanya ketika menyampaikan tazkirah
ringkas selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.
Beliau turut mengingatkan pemberita supaya menjalankan tanggungjawab secara yang membolehkan mereka masuk ke syurga.
“Kenapa kamu jadi pemberita? Kalau jadi pemberita masuk syurga, kamu cepat masuk syurga, terus jadi pemberita.
“Tetapi kalau kamu cepat pergi
‘sebelahnya’, jangan jadi pemberita,” kata Shahidan sambil mengingatkan
semua hadirin agar membanyakkan berdoa sempena bulan Ramadan kerana
Allah dikatakan membuka pintu langit dan memakbulkan permintaan umatnya
pada bulan ini.
“Allah membuka pintu langit untuk kita
berdoa dan berdoalah bersungguh-sungguh. Ini adalah peringatan Allah
kepada kita semua,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.