SHAH ALAM – Seorang bayi
dipercayai berusia 12 bulan hampir lemas ditinggalkan di dalam kereta
sendirian hanya kerana ibunya terlupa menghidupkan enjin kereta.
Dalam kejadian kira-kira jam
1 petang tadi, suasana kecoh apabila orang ramai mula mengerumuni
kereta dipercayai jenis Perodua Myvi selepas mendapati terdapat seorang
bayi ditinggalkan sendirian.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini dan turut dirakam.
Ekoran video yang mula viral
di laman sosial, rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan dan rasa
geram dengan tindakan ibu bapa bayi tersebut.
Berdasarkan rakaman video
berdurasi satu minit 39 saat itu, bayi berkenaan dikatakan dalam keadaan
kepanasan dan menggigil akibat ditinggalkan dalam keadaan enjin
dimatikan, sementara kereta berkunci.
Orang ramai yang bimbang
akan keselamatannya bertindak memecahkan cermin sisi kereta apabila
cubaan membuka pintu menggunakan beberapa peralatan gagal.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, tiada
laporan polis dibuat mengenai insiden berkenaan di mana-mana balai polis
di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
“Hasil maklumat orang ramai, ibu bayi tersebut tiba sebaik bayinya diselamatkan.
“Ibu bayi berkenaan mengaku
terlupa menghidupkan enjin kerana tergesa-gesa mahu menyelesaikan urusan
ringkas di kawasan berkenaan,” katanya.
Tegasnya, sikap terburu-buru dan sambil lewa boleh membawa padah dek kerana kecuaian dan kesilapan diri sendiri.
"Terima kasih kepada masyarakat yang prihatin. Nyawa yang berharga berjaya diselamatkan,” katanya.
"Terima kasih kepada masyarakat yang prihatin. Nyawa yang berharga berjaya diselamatkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.