MALAYSIAKINI
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa laporan portal dari media
baru di internet menyediakan kepada akar umbi PAS dengan maklumat yang
mana bukan sahaja salah tetapi juga berat sebelah.
"Sebanyak 80 hingga 90 peratus laporan mereka dan cara mereka melaporkan adalah spin
(putar belit) daripada cerita yang betul," kata Nasrudin kepada
kira-kira 200 hadirin dalam ceramah di Markaz Operasi PAS Pongsu Seribu
di Kepala Batas semalam.
Nasrudin membuat rumusan tersebut berdasarkan pengalaman beliau sendiri di lapangan.
"Dua hari lepas, saya menghadiri satu dialog dengan ahli PAS di Alor
Gajah dan Jasin di Melaka. Ada di antara mereka yang menyoal mengapa,
selaku ketua penerangan parti dalam muktamar, saya mencabar DAP berlawan
siku dan lutut.
"Saya menyoal mereka sama ada mereka hadir muktamar parti, dan mereak
kata tidak. Mereka beritahu saya mereka baca mengenai kenyataan saya
dalam Malaysiakini dan The Malaysian Insider," kata MP Temerloh itu.
"Sejak muktamar itu hingga sekarang, kenyataan yang paling ramai cakap ialah berkaitan siku dan lutut," katanya Nasrudin.
Beliau merujuk kepada ucapannya
dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor ada 5 Jun yang mana beliau
dipetik sebagai berkata sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada
hadirin.
"Dia (DAP) tampar kita banyak kali. Bila kita kata jangan tampar pipi
kanan sebab pedih, dia tampar pipi kiri. Kemudian dia tampar
bertalu-talu. Akhirnya kita tampar dia sekali, baru dia tahu bahawa kena
tampar itu sebenarnya pedih.
"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan
Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat
dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi,"
katanya ahli parlimen Temerloh dalam muktamar itu.
DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ekoran langkah unilateral beliau untuk membentangkan rang undang-undang
persendirian berkaitan hudud di Parlimen.
Susulan itu, perwakilan PAS menerima cadangan oleh Majlis Ulama untuk
memutuskan hubungan dengan DAP, yang membawa kepada Setiausaha Agung DAP
Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah "mati".
Nasruddin menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud mereka kenyataan untuk menjadi amaran atau ancaman kepada DAP.
Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan bertujuan cuba untuk
mempertahankan PAS, menggesa pengkritik parti itu tidak menghina atau
memperkecilkan perjuangan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.