THE RAKYAT POST
Yayasan Prudence menyumbangkan rumah yang telah disiapkan kepada mangsa banjir di Kelantan - Foto ihsan Prudence
KUALA LUMPUR - Sejumlah 14 buah keluarga yang kehilangan rumah ekoran bencana banjir teruk Disember tahun lalu bakal menyambut Aidilifitri di rumah baru mereka.
Rumah baru ini berjaya disiapkan dalam
tempoh empat bulan hasil bantuan sukarelawan dari Prudence Faoundation
bersama perusahaan sosial EPIC Homes.
“Walaupun bantuan kewangan segera amat
penting sewaktu bencana alam, Prudence Foundation berusaha memanjangkan
usaha kami untuk membantu masyarakat yang terjejas supaya mampu
menjalani semula hidup seperti sediakala dengan secepat mungkin.
“Apabila banjir melanda Pantai Timur –
antara yang terburuk dalam sejarah Malaysia – ia bukan persoalan sama
ada kita perlu membantu tetapi bila dan bagaimana bantuan dapat
dihulurkan,” kata Pengarah Eksekutif Prudence Foundation, Marc Fancy.
“Kami berterima kasih kepada rakan kami
di EPIC Homes atas usahasama ini yang bukan saja membolehkan kami
membina semula rumah mangsa banjir malah turut memberikan mereka harapan
seterusnya membawa perubahan.”
Rumah berkenaan dibina dalam tempoh sebulan melibatkan 380 orang sukarelawan dan telah siap pada 11 Jun yang lalu.
Setiap rumah dikatakan mengambil masa empat hari untuk disiapkan.
Rumah yang dibina menelan belanja sebanyak RM1 juta dan ditaja sepenuhnya oleh Prudence Foundation.
Rumah berkenaan direka oleh EPIC dengan menitik beratkan ciri-ciri kemampanan dan ketahanan untuk menghadapi banjir.
“Setiap rumah dua tingkat yang dibinan
mampu bertahan dalam keadaan banjir setinggi 1.2 meter dengan
menggunakan sistem asas yang lebih kukuh,” memetik kenyataan Marc Fancy.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad
Yaakob juga dikatakan telah melawat kawasan kampung berkenaan dan
mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan kepada rakyat
negeri Kelantan itu.
Banjir besar hujung tahun lalu merupakan
banjir yang terburuk di dalam sejarah Malaysia yang mana ianya turut
meragut nyawa manusia.
Bagaimanapun, tidak smeua dari mangsa
banjir di Kelantan yang kini mempuyai kediaman setelah rumah mereka
musnah dibawa arus deras banjir.
Ada diantara mangsa-mangsa banjir yang masih lagi berteduh di dalam khemah dan menyambut Ramadan tanpa rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.