MALAYSIAKINI
Harga rokok akan naik sebanyak RM0.30 bermula esok ekoran faktor Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) berkata, pihaknya telah menyerap cukai ke atas rokok itu hingga ke hari ini.
“Semakan harga adalah mengambil kira GST. Syarikat telah menyerap GST
selepas perlaksanaannya pada 1 April,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia
Stefano Clini dalam kenyataannya hari ini.
Cukai sebanyak enam peratus GST telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu cara meningkatkan hasil cukai.
Terdapat pihak yang mengkritik pelaksanaan cukai itu, antaranya
membebankan golongan berpendapatan rendah dan perlu membayar jumlah
cukai yang sama dengan golongan yang berkemampuan.
Harga rokok yang disemak semula berkuatkuasa Isnin seperti berikut:
Dunhill RM13.80
Kent RM13.80
Benson & Hedges RM13.80
Peter Stuyvesant RM12.30
Pall Mall RM12.30
Lucky Strike Plain RM14.30
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.