Sabtu, 27 Jun 2015

Fitnah: Anwar fail laporan qazaf terhadap Shafee

Oleh Fiza Abd Halim


SHAH ALAM : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim hari ini memfailkan laporan qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah ekoran fitnah secara terbuka beliau dalam kes Fitnah II.

Laporan tersebut difailkan isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini.

“Laporan ini demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi beliau.

qazaf“Shafee dalam satu program dialog terbuka telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana saksi,” katanya kepada pemberita selepas itu.

Shafee yang merupakan Ketua Pendakwaraya Kes Fitnah II melakukan fitnah itu dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya pada 12 Februari lalu.

Fitnah tersebut juga didakwa Peguam Umno itu tanpa mengemukakan empat saksi seperti dikehendaki undang-undang.

Wan Azizah dalam pada itu turut menegaskan bahawa jumhur Ulama termasuk Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina.

“Demi menegakkan hak dan keadilan serta memartabatkan perundangan syariah di negeri Selangor, kami menggesa agar kenyataan terbuka Shafee ini disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu lagi.

Wan Azizah ditemani anaknya yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah serta beberapa pimpinan parti.

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.