MALAYSIAKINI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penangkapan bekas
pengarah PetroSaudi International Ltd di Thailand sangat mencurigakan,
yang menurutnya seperti satu konspirasi peringkat tinggi.
Mahathir berkata beliau tidak nampak mengapa seorang pelancong ke
Thailand perlu ditangkap kerana jenayah yang didakwa dilakukan di Arab
Saudi tanpa sebarang permintaan ekstradisi dari kerajaan itu.
"Mungkin kerana dia seorang pengganas, itulah sebabnya dia ditangkap
oleh Thailand. Jika dia hanya mencuri rahsia syarikat, dia tak perlu
ditangkap.
"Orang ini datang ke Thailand jelas sebagai pelancong melainkan Arab
Saud minta Thailand menangkapnya. Saya tidak nampak mengapa Thailand
harus menangkapnya," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di
Kuala Lumpur malam ini.
Menurut laporan media antarabangsa, warga Swiss, Xavier Andrea Justo
ditangkap di Koh Samui, sebuah pulau peranginan Thailand, pada hari
Isnin kerana didakwa cuba memeras ugut 2.5 juta franc (AS$2.7 juta)
dari PetroSaudi International Ltd.
Justo telah didakwa menggunakan maklumat sulit yang dicuri dari syarikat itu untuk tujuan itu.
Mahathir menganggap penangkapan itu sebagai satu cubaan terbaru untuk menutup urusan 1MDB dengan PetroSaudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.