KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi 'menasihatkan' bekas pemimpin utama pada penggal lalu agar patuh pada arahan presiden yang meminta tidak meninggalkan wadah perjuangan hanya untuk menubuhkan parti baru.
Beliau memberitahu sebagai anggota parti mereka perlu patuh segala
arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan tidak
sesekali melanggar ketetapan berkenaan.
Anak sulung kepada Presiden PAS juga memberitahu ahli serta barisan
pimpinan parti perlu istiqamah dan meneruskan perjuangan menegakkan
Islam.
"Dari sudut ahli PAS dia kena ikut arahan partilah, kena istiqamah dengan parti," katanya kepada Antarapos.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan
susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu
mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti
itu, bulan lepas.
Susulan perkembangan terbaru itu, Abdul Hadi menerusi surat terbuka
kepada ahli PAS pada Selasa lalu mengingatkan semua pemimpin dan ahli
parti bahawa sejarah menunjukkan mereka yang keluar parti itu dan
bersama parti baharu akan tenggelam.
Beliau berkata, setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang
diwujudkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah teguh bersama konsep
pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta
sejarah.
Mana-mana pihak boleh tubuhkan parti baru tapi perlu ambil kira banyak perkara
Mengulas lanjut, Mohamad Khalil berkata parti berteraskan Islam itu
tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik
baru memandangkan amalan demokasi dalam negara.
"Yang pertamanya kita sebagai rakyat dalam negara yang demokrasi iaitu
Malaysia, soal kita nak menghalang orang menubuhkan parti itu bukan
masalah bahkan ia diizinkan oleh perlembagaan negara.
"Dalam ini kalau dia nak tubuh parti atas dialah," katanya berhubung
cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan beberapa bekas
pimpinan untuk menubuhkan parti politik baru bagi menggantikan PAS.
Namun menurut beliau, banyak perkara serta kajian perlu dilakukan pihak
berkenaan kerana bukan mudah untuk memastikan parti yang ditubuhkan itu
kekal sekaligus bersaing dalam arena politik negara.
"Cuma dalam konteks politik di Malaysia ini perlu diambil banyak
pertimbangan dan juga dari sudut sosio-politik, sejarah politik,
geografi politik.
"Jadi mana-mana pihak yang nak tubuhkan parti kena melihat sudut-sudut tersebut," katanya.
Mohamad Khalil juga menegaskan walaupun mengamalkan demokrasi namun ia
melaksanakan ciri-ciri yang demokratik bagi memastikan kelangsungan
ketelusan negara.
"Maknanya kita tak boleh nak bandingkan Malaysia dengan negara-negara
lain contohnya Turki yang demokrasinya bebas, pilihan rayanya telus.
"Jadi kita di Malaysia ini walaupun perlembagaan mengizinkan untuk
ditubuhkan parti baru tapi demokrasi di Malaysia terhad seperti pilihan
raya dikekang dengan pelbagai peraturan dan akta.
"Masalah kita di sini namanya sahaja negara demokrasi tapi sebenarnya tidak demokratik," katanya.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
BalasPadamJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI