Tutup dan Buka.
Belum pun habis
24 jam, kenyataan tutup kedai nasi kandar pukul 12 malam oleh Shahidan Kassim,
Najib main peranan sebagai the good cop. ini bad cop, good cop routine dari pasangan laurel dan Hardie Malaysia.
Dia reverse kenyataan Sahidan, dan
kata Ok untuk kedai nasi kandar buka lebih dari pukul 12.
Itu macam kalu machaa.....Najib is the best.
Ini semua
lakonan politik murahan antara Shahidan dan Najib. Kalau nak benteras gejala sosial,
cari tempat lain dimana anak muda dan anak2 orang kaya berkumpul. Bukan kedai
mamak dan operator nasi kandar. Orang UMNO pun ramai duduk di Pelita Nasi
Kandar. Adakah ini bermakna orang UMNO yang jadi punca gejala sosial?
Perkerja kilang
yang keluar shift , nak makan dimana? Kedai Melayu dah lama tutup.
Ini semua cheap
trick Najib.
bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. you cant cover the elephant carcass with a fig leaf.
Adakah ini sahaja
yang mampu dilakukan oleh Najib untuk menyelamatkan kredibiliti nya yang jatuh
kerana skendel bersiri? Kerana Najib reverse Shahidan, maka orang kata, nasib
baik dan terima kasih kerana Najib.
Hello- orang
tidak akan lupa 1MDB, FGV, MARAgate, Tabung Haji gate, Sime Darby puya
pelaburan. Felcra yang bebankan peserta dengan hutang sampai ke tiang lahad,
dan skendel2 yang akan datang.
Kita belum tahu lagi kos akhir MRT. Barang diingat,
MRT sepatut nya projek PFI dimana pembiayaan nya dilakukan oleh swasta, tapi
kerajaan ada habit mendanai projek tersebut dan sangat suka membayar terlebih
dahulu.
Ianya taktik
serupa. Setiap pendanaan dan pembiayaan projek dengan bayaran lebihan dan
pembayaran in advance merupakan kifayat untuk mencuri wang.
Najib tidak
boleh menutup kesalahan2 ini dengan nyiru. Bangkai gajah masakan boleh ditutup
dengan nyiru. Dan besar nya bangkai gajah yang hendak ditutup itu pula.
Walaup bagiamana
pun, elok kita istihar hidup Najib Razak bapa nasi kadar 24 jam!
Najib: jangan serang peribadi Dr Mahathir. kita jawab dengan fakta.
Apa kenyataan datang
dari Najib, rakyat kena tapis2 dahulu. Seperti kenyataan nya bahawa dia akan
jawab kritikan Dr Mahathir dengan fakta dan tidak akan menyerang peribadi Dr
Mahathir.
Nak serang
peribadi Dr Mahathir dari sudut mana? Kita tak pernah dengar DR Mahathir ada
skendel dengan perempuan. Kita tidak
pernah dengar Dr Mahathir ada bau2 kaitan dengan pembunuhan? Ada kita dengar isteri Dr Mahathir dituduh
itu dan ini?
Najib PM pertama
dirinya dan isteri menjadi objek kebencian.dan Najib buat muka sadin.
Seperti kata seorang bekas menteri, UMNO bukan tahu rasa malu.
Najib tidak
mampu serang keperibadian Dr Mahathir kerana Dr Mahathir tidak ada tengkorak
dalam almarinya seperti Najib. Juga Najib
takut kalau dia serang peribadi Dr Mahathir, Dr Mahathir boleh serang peribadi
Najib.
Kita tahu cara
Najib- dia akan buat muka sadin, tapi budak2 nya akan menibai Dr Mahathir
dengan teruk. Itu cara Najib beroperasi.
Apa fakta yang
dia ada? Dia dan budak2 nya tidak ada fakta selain daripada mendedahkan apa
yang sudah diketahui oleh masyarakat. Najib pun sebahagian daripada ‘kesalahan2’
yang dilakukan oleh Dr Mahathir.
Sebagai seorang yang konon nya kuat berpegang
kepada prinsip tanggungjawab bersama cabinet, bagaimana Najib mahu melepaskan
dirinya dari terpalit dengan ‘kesalahan’ Dr Mahathir?
Fakta nya ialah
Najib sendiri mengeringkan rerumput/hay ketika matahari Mahathir sedang
menyinari. The fact was, Najib made hay while the Mahathir sun shone.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.