MALAYSIAKINI
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk
Abdul Rahman Dahlan mungkin lantang dalam media sosial tetapi takut
bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk
membincangkan mengenai projek perumahan yang didanai kerajaan pusat di
negeri itu.
Rahman berkata beliau telahpun berkomunikasi dengan Lim dalam beberapa
kali mesyuarat dan melalui media berhubung kelulusan kerajaan negeri
berkaitan projek kerajaan pusat, tetapi Lim masih belum meluluskan
10,000 permohonan rumah.
Permohonan tersebut, kata Rahman, telah diserahkan kepada agensi
kerajaan persekuuan seperti JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah
Pulau Pinang (Perda).
Ditanya sama beliau perlu bertemu dengan Lim di pejabatnya di Komleks
Pentadbitan di Komtar atau mengundang beliau minum teh tarik, Rahman
menjawab, "Beliau bengis, dia juga selalu marah. Saya takut."
Rahman yang juga MP Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di Guar
Perahu selepas memberikan ceramah di kubu kuat Umno di Permatang Pauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.