MALAYSIAKINI
Beberapa pemimpin PAS memberi amaran kepada pemimpin dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP supaya menghentikan serangan terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun ia dibuat dengan niat untuk menegurnya.
Bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata teguran menggunakan emosi amarah bukan cara terbaik apatah lagi maruah seseorang individu termasuk Hadi mesti dipelihara.
"Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut.
"Usah berpolitik dengan amarah dan emosi. Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan kesemua kebaikan-kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan urusan perjuangan kita," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas siri serangan beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng antara lain menyatakan hati Hadi bersama dengan Umno dalam isu kerajaan perpaduan.
Sehubungan itu, Ahmad menyeru semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat bersikap matang berdialog dan berbincang antara pimpinan politik demi menyelesaikan krisis perbezaan pandangan yang "meruncing" berbanding menyerang sesama sendiri di alam maya.
"Politik adalah sesuatu yang dinamik. Jika perbincangan pertama tidak selesai, usah berfikir bahawa perbincangan kali kedua juga tidak akan selesai.
"Pengalaman (saya) memimpin Pakatan Rakyat Perak sebelum ini membuktikan pelbagai masalah besar dapat diselesaikan dengan musyawarah," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin pula kesal dengan serangan yang didakwanya berunsur "provokasi dan fitnah" berterusan itu oleh DAP terhadap Hadi.
Beliau juga menganggap tindakan itu "menghiris" perasaan anak muda dan penyokong PAS khususnya menjelang pemilihan kepimpinan parti.
"Jadi, amatlah tidak manis sekali apabila DAP pula begitu resah-gelisah dan sibuk berkempen di media untuk memberi tunjuk-ajar kepada para ahli PAS siapakah yang layak untuk mengemudi PAS.
"Perbuatan masuk-campur urusan dalaman parti dan menjadi batu-api ini adalah di luar kerangka Common Policy Framework Pakatan Rakyat seperti yang sering diulang-sebut oleh DAP," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Khairil yang akan mempertahankan jawatan itu memperingatkan kepada DAP supaya tidak mengamalkan dasar masuk campur hal ehwal dalaman PAS kerana ia akan merosakkan hubungan kerjasama yang telah dibina selama ini.
"Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS sesi kepimpinan 2015/2017," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.