Grafik Sinar Online
KUALA LUMPUR - Sebanyak 51 orang termasuk penganjur parti dadah liar
ditahan dalam Ops Parti Liar yang diadakan di Tingkat 44, Berjaya Times
Square di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kesemua individu termasuk penganjur parti itu, seorang wanita ditahan oleh sembilan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi.
Dalam operasi selama tiga jam bermula kira-kira 12.30 tengah malam itu, 18 daripada 51 orang yang ditahan itu adalah wanita.
"Sebanyak 20 orang positif ujian air kencing dan kini ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata seorang pula ditahan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
"Tujuh lagi ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan 23 lagi individu ditahan atas pemeriksaan dokumentasi," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.