Selasa, 26 Mei 2015

Najib kekal Umno parah?




Oleh Anuar Mohd Nor


Ramai yang mula mengatakan Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan pintu yang mengarahkan beliau keluar – melepaskan jawatan perdana menteri serta turun takhta daripada memegang tampuk presiden Umno.

Adakah ini akan berlaku – adakah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memaksa Najib melepaskan jawatan?

Adakah timbulnya video Tan Sri Muhyiddin Yassin – akan juga memberi kesan sehingga Najib terpaksa melepaskan jawatan – begitu juga PAC – dalam membuat siasatan dan Jabatan Audit Negara – adakah semua ini akan menghambat Najib untuk turun takhta.


Ada pendapat mengatakan masa Najib sudah sampai ke penghujung – ada pendapat yang mengatakan tidak – Najib tidak akan undur sebab beliau ada kuasa di atas kuasa yang beliau ada – kuasa Datin Seri Rosmah Mansur – kuasa Istana.

Bermacam-macam-macam pendapat yang timbul. Namun pengkhususan semua adalah sama ada Najib kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) atau tidak menjadi topik perbualan.

Dalam Parlimen – heboh, kesalahan antara tunai dan unit, kesilapan yang menampakkan semakin banyak alasan dari penerangan – mencari jawapan bagi menutup sesuatu yang besar – semakin kuat iltizam pembangkang untuk menyingkir Najib.

Jawapan demi jawapan – bukan Najib yang menyediakan jawapan – kesalahan Kementerian Kewangan – semua terkeluar menampakkan jelas kealpaan dan kesakitan untuk mencari jawapan terbaik dalam melindungi sesuatu.

Tapi itu kalangan mereka daripada pihak kelas atasan – kelompok mereka yang berpolitik – kelompok mereka yang tahu dan membaca dan terpengaruh.

Apa pula kelompok yang dikatakan Muhyiddin – mereka yang nampak cerdik tetapi tidak.
Apa pula kelompok yang mahu memastikan tempat di sisi Najib dan mahu menjaga politik masing-masing mahu melakukan yang sama.

Adakah mereka akan hadir dalam memastikan isu pendedahan Najib ini menjanjikan Najib tercampak.

Janji Najib – saya tidak akan mengalah – nakhoda akan meneruskan pelayaran tanpa menoleh ke belakang, mungkin akan memberi kekuatan sokongan kepada beliau – ramai kepimpinan Umno akan menunggu dan lihat – tidak akan mengeluarkan kenyataan – demi menjaga kedudukan.

Najib tidak akan jatuh dengan isu 1MDB – sehingga ada kekuatan besar dalam Umno dan malang dalam Umno  semua hanya menunggu dan melihat menjadikan isu 1MDB - tidak cukup kuat untuk menghalau Najib keluar daripada tempat yang ada.

Dalam perbualan dan analisis mudah – ada kepercayaan isu krisis 1MDB akan lenyap dan akan ada mereka yang menyambut kesalahan 1MDB bagi menyelamatkan Najib. Itu tidak mustahil – kes pembunuhan Altantuya – ada yang menjadi kambing hitam dan persoalan pokok terselindung dengan keputusan mahkamah.

Adakah tidak mustahil – isu 1MDB – ini tidak juga jadi seperti kes pembunuhan Altantuya, ada yang mengambil tanggungjawab.

Apa pun senario ini – ruangan Najib untuk terus kekal ada – beliau akan menerajui Umno dan perdana menteri sehingga PRU 14 – namun adakah Umno akan terus selesa bila mana sampai PRU 14.

Untuk itu pun persoalan Umno/Barisan Nasional akan tumbang pada PRU 14 masih tertakluk bila mana kita sampai pada PRU 14 tersebut.

Dalam urusan PRU 14 pula – berbagai-bagai perkara perlu diperhatikan sebelum kita membuat konklusi mudah Umno/BN akan tewas.

Memang Umno/BN hari ini seakan tercalar – seakan mengundang kekalahan – tetapi isu adalah andaian hari ini. Ia sama dengan andaian Najib akan tersingkir – akan ditunjukkan jalan keluar – namun andaian hari ini pula tidak melihat kedudukan kuasa yang dipegang siapa. Kalau sewaktu Tun Abdullah Ahmad Baawi – memang andaian Pak Lah letak jawatan itu mungkin berlaku – namun dalam era Najib itu tidak akan berlaku.

Dalam melihat senario sekarang – cara dilakukan untuk mendedahkan kepincangan – dengan persoalan kewangan – hutang – aset – unit dan tunai – sekelompok tertentu sahaja yang ghairah melihat Najib akan tumbang – namun rakyat keseluruhan khususnya di luar bandar masih kekal – tidak memahami dan masih kekal dengan BR1M dan sumbangan beras dan taman permainan.

Selagi tidak diusahakan secara menyeluruh – keluar dari cara yang ada – melakukan langkah radikal – Najib akan terus memerintah – namun terkesan kepada kedudukan Umno dan BN pada PRU 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.