Minyak yang tidak tertera logo halal.
KLUANG - Umat Islam di daerah ini dinasihatkan agar berhati-hati ketika
membeli minyak masak yang dikeluarkan sebuah syarikat berikutan tiada
logo halal dipamerkan pada produk keluarannya.
Pembantu Pejabat Hal Ehwal Pengguna daerah Kluang, Abdul Hamid Dahlan berkata, pihaknya memandang berat kes tersebut dan mahu satu tindakan segera diambil berikutan ketiadaan logo halal pada minyak masak itu.
Jelasnya, ketiadaan logo halal pada produk tersebut boleh menimbulkan rasa khuatir mengenai statusnya dalam kalangan pengguna.
“Minyak masak tersebut dijual dengan harga sama seperti minyak masak lain, cuma bezanya ia tak ada logo halal.
“Sama ada tersilap cetak atau benar-benar tidak halal, tindakan penjualan secara terbuka seperti ini pasti akan mengelirukan orang ramai terutama jika tidak meneliti pelekat botol tersebut.
“Diharapkan pihak berkaitan dapat memantau perkara ini, seterusnya mengelakkan umat Islam di daerah ini tidak terbeli minyak ini,” katanya.
Abdul Hamid berkata, sejurus menerima laporan daripada seorang suri rumah, pihaknya mengunjungi kedai berkenaan dan mendapati minyak masak itu memang dijual tanpa logo halal serta diletak sebaris dengan minyak lain yang mempunyai logo halal.
Sementara itu, Pentadbir Agama Daerah Kluang, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor ketika dihubungi berkata, syarikat terbabit boleh mendapatkan sijil logo halal bagi mengeluarkan produk tersebut.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan sijil halal sekiranya permohonan diajukan.
“Terpulang kepada syarikat tersebut, ia tidak menjadi kesalahan kerana hak penjualan adalah milik mereka, manakala pembeli boleh menentukan sama ada untuk membeli atau tidak minyak tersebut.
“Jika mereka merasa yakin bahawa minyak masak itu halal mereka pasti akan tetap menggunakannya begitu juga sebaliknya, oleh itu semuanya terpulang kepada pembeli.
“Masyarakat Islam khususnya harus peka dengan tanda halal sekiranya mahu membeli satu-satu produk,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.