Kes jenayah
KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejaki bekas penyewa sebuah rumah teres
di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung
penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu,
semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa rumah itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang.
Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.
"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68.
"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Ali berkata, proses bedah siasat ke atas mayat tersebut masih dijalankan di Hospital Sungai Buloh.
"Setakat ini kita tidak dapat mengesahkan identiti mayat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, jantina pun tidak dapat dipastikan," katanya sambil menambah bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semalam, polis menemui satu mayat disimen dan mereput yang berbalut kain di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.