Kakitangan MAS dikatakan mendapat elaun dan tuntutan lebih masa yang tinggi berbanding bayaran gaji asas.
PETALING JAYA: MAS Bhd akan melupuskan lebih 180 jenis elaun dan tuntutan lebih masa sebaik ia memulakan operasinya pada 1 September ini.
Bagi menggantikan sistem sedia ada, ia akan melaksanakan pemberian gaji yang lebih sama rata.
Melalui kaedah itu, mana-mana pekerja yang berjaya menyelesaikan kerja dengan pantas akan diberikan insentif oleh syarikat.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller, dalam temu ramahnya ekslusif kepada akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star.
Katanya, apa yang berlaku sekarang menyebabkan MAS terpaksa berdepan dengan salah guna tuntutan kerja lebih masa.
Bahkan, ia lebih tinggi daripada gaji asas yang dibayar.
“Itu adalah amalan yang tidak baik kerana bukan hanya syarikat perlu membayar tuntutan kerja lebih masa, pesawat juga ada kalanya lewat berlepas.
“Ini kerana anda hanya boleh membenarkan tuntutan kerja lebih masa jika kerja yang dilakukan tertangguh,” katanya yang dipetik daripada akhbar The Star.
Menurut Mueller, terma dan syarat pekerjaan bagi MAS Bhd dibuat mengikut tanda aras beberapa syarikat penerbangan lain manakala skala gaji baharu adalah mengambil kira kos sara hidup di sini dan tempat-tempat lain di mana MAS beroperasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.