Grafik Sinar Online
SHAH ALAM - Kerajaan disarankan lari daripada mengguna strategi
melaksanakan atau meluluskan sebarang projek pembangunan menjelang
pilihan raya kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada parti
pemerintah.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, mungkin pembangunan telah dirancang awal namun apabila ia diumumkan menjelang pilihan raya, timbul persepsi negatif di kalangan rakyat.
“Kerajaan mengatakan isu ini telah dibincangkan sebelum PRK Rompin. Cuma, yang menjadi persoalan kini adalah kenapa umum sekarang? Kenapa tidak sebelum pilihan raya ini.
“Ini menyebabkan pengumuman yang dibuat kerajaan itu terpaksa dikaitkan dengan pilihan raya dan sebagai salah satu strategi untuk memenangkan hati rakyat. Sama ada ia betul atau tidak, ini soal ‘timing’ iaitu umum menjelang pilihan raya kecil ini,” katanya kepada Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rumah RM90,000 untuk generasi baharu Felda]
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga RM90,000 untuk pembelian rumah secara jual-beli kepada generasi baharu Felda di Parlimen Rompin, berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini.
Dalam pada itu, Dr Jeniri juga berpendapat, sebarang pembangunan atau projek diluluskan menjelang pilihan raya akan lebih dilihat demi kepentingan politik semata-mata.
“Dari segi jangka panjang, sudut pembangunan negara, perancangan atau pelaksanaan pembangunan secara ‘adhoc’ ini tidak baik.
“Kerana bukan sahaja menyebabkan kerajaan itu dilihat tidak melaksanakan sesuatu projek itu dengan terancang tetapi melaksanakan sesuatu projek itu demi kepentingan politik. Pembangunan itu sepatutnya kerana keperluan penduduk setempat bukan atas dasar kepentingan politik,” katanya.
Sementara Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, kerajaan menggunakan pentas PRK Rompin itu sebagai platform untuk mengumumkan penurunan harga itu yang telah pun dirancang sebelum ini.
“Kerajaan sudah maklumkan bahawa perancangan itu memang telah ada cuma tidak diumumkan lagi dan peluang ini diambil untuk umum.
“Tidak adil kalau kita kata ini (umum turun harga) sebagai gula-gula BN sebab ia memang projek sedia ada tapi belum diumumkan lagi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.