MSO
Siniskal A Kadir Jasin memberi formula untuk Najib Razak
mengekalkan kedudukannya apabila Dr Mahathir Mohamad semacam sudah
hampir habis ikhtiar untuk melihat PM itu berundur, salah satu daripada
enam formula itu agak melampau.
Kadir memberi enam formula, dan formula yang keempat yang berbunyi;
"Upah penulis surat layang “berwibawa" untuk memburuk-burukkan Tun Dr
Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyumbang kata pengantarnya, dan sebagai ganjarannya Anwar diberi
beberapa hari keluar penjara," ia dilihat agak melampau.
Tidak patut Kadir membabitkan nama Anwar kalau pun ingin menyiniskan
Najib Razak. Apabila Kadir membabitkan nama Anwar meyebabkan nama Anwar
sekelas dengan penulis surat layang.Anwar tidak wajar disama kelaskan
dengan penulis upahan atau penulis surat layang. Mereka sebegitu
bersifat halimunan, hipokrasi dan tidak ada moral, tidak dengan Anwar.
Apabila lagi Kadir menyarankan tugas Anwar itu boleh dikontrakan dengan
memberi kebebasan kepada Anwar, nampak sangat akan kehaprakan Anwar
dalam hal ini.
Janganlah disamping tarik telinga kanan Najib, Kadir cubit pula telinga kiri Anwar.
Saya rasa Anwar tidak perlu menjadi penulis upahan atau alat kepada
sesiapa untuk dia merasai udara bebas di luar. Anwar lebih
bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Kalau Anwar ingin bebas dan
selamat dia boleh melepaskan diri sejak lama dahulu tanpa bersedia
menuruti saranan Kadir itu.
Sekiranya Anwar bersedia untuk menjadi alat seperti mana disarankan
Kadir itu, dia boleh memilih menyelamatkan dirinya, (bebas) sejak zaman
Mahathir lagi. Apakah Kadir tidak tahu yang Mahathir pernah menawarkan
"suaka" politik kepada Anwar agar beredar ke luar negeri dan jangan
menganggui pentadbirannya? Jika Anwar bersedia patuhi saranan Mahathir
itu dia akan aman.
Tetapi apa yang berlaku, Anwar memilih penjara daripada menjadi alat
kepada Mahathir dan begitu juga kepada Najib. Anwar menjadikan dirinya
sebagai lilin dan obor untuk menerangi rakyat dan membakar segala
kepalsuan, ketidak adilan dan kezaliman dilakukan Mahathir.
Diharap lain kali Kadir lebih berhati-hati dalam membuat sinikal jangan
sampai membabitkan nama orang lain dan menyakini orang yang tidak ada
kena mengena dan berkolobrasi untuk menjatuhkan Najib.
Lain-lain formula atau sinikal Kadir bagaimana Najib boleh terus
berkuasa ialah menyarankan kabinet dirombak, dengan mengetepikan “unsur
tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Muhyiddin Yassin dan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Shafie Apdal.
Beliau juga mencadangkan supaya Najib melantik Ahmad Zahid Hamidi
menjadi timbalan perdana menteri, dan meletakkan Hishamuddin Hussein
yang juga sepupunya, menjadi menteri kewangan.
Dicadang juga Najib mengambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya
darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak
percaya di Parlimen.
Turut sama disarankan oleh Kadir, Najib hendaklah menggantikan Peguam
Negara Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Mohd Hafarizan Harun.
Formula terakhir bagi menyelamatkan Najib, Kadir cadangkan supaya Najib
hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low
menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada
sahabat-sahabat Arabnya.
Cukup-cukuplah kaitkan dgn DSAI,sebagai nak sambung hayat, Kadir Jasin ni jenis yg Solat ke tidak, atau jenis spesis yang tak akan dimatikan oleh ALLAH. Banyak sgt dosa yg nak dibawah depan Allah, tambah lagi segala kebaikan dan pahala Kadir Jasin ini akan diambil dan diserahkan oleh Allah kpd DSAI.
BalasPadam