SHAH ALAM: Tugas hakiki Ketua Pembangkang adalah memastikan hubungan
ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik dan
tidak bertelagah.
Justeru Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan menyanggah kenyataan
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul hari ini bahawa bukan 'tugas Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memastikan pergeseran antara PAS dan
DAP ditamatkan'.
Azmi kemudiannya mempersoalkan, jika bukan Azizah yang memikul tanggungjawab itu siapa yang akan berbuat demikian?
"Kenyataan itu memang bercanggah dengan kenyataan tanggungjawab sebenar
(ketua Pembangkang). Sebab itu (merapatkan kerjasama) adalah
tanggungjawab hakiki seorang ketua pembangkang," katanya kepada
Antarapos.
"Jawatan ketua pembangkang itu amat penting sebenarnya kerana tugas
utama ketua pembangkang diluar parti mereka adalah untuk membentuk
kabinet bayangan.
"Tetapi sehingga hari ini tidak dapat dibentuk dan jawatan itu amat
sedih apabila telah disalah gunakan untuk agenda pihak tertentu. Jadi,
kalau kita nak menjerumus kepada jawatan ketua pembangkang sepatutnya
tidak berlaku tetapi telah berlaku kerana kepentingan parti diutamakan
dalam hal ini," tegasnya.
Johari pada sidang medianya pagi tadi berkata Azizah 'tiada kuasa'
untuk memulihkan hubungan tegang antara DAP dan PAS dan bukan menjadi
tanggungjawabnya untuk berbuat demikian.
Azmi bertegas, jika Johari dan PKR mengambil ketetapan bahawa Azizah
hanya berperanan di Parlimen sahaja ia akan menguatkan persepsi bahawa
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya boneka DAP.
"Jawatan ketua pembangkang yang disandang oleh WAWI adalah simbol
sahaja dan yang menjalankan operasi (tugas ketua pembangkang) setiap
hari adalah orang lain yang asalnya dari parti DAP. Saya anggap sebagai
simbol sahaja...yang boleh dikawal oleh DAP.
"Jadi, saya melihat jawatan ketua pembangkang itu hanyalah helah mereka
yang berada dalam PR khususnya parti yang berada dalam kedudukan yang
agak kuat untuk mengawal perjalanan PR itu sendiri," jelasnya.
Azizah sebelum ini menjadi sasaran kritikan banyak pihak kerana
bercita-cita besar mahu menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Ini kerana beliau gagal menonjolkan prestasi memberangsangkan sebagai
ADUN Kajang, sementelah banyak isu berbangkit belum diselesaikan Azizah,
sejak memenangi pilihan raya kecil (PRK) DUN itu.
"Memang sebelum ini pun kemampuan beliau dipersoalkan, malah
tanggungjawab beliau sebagai ADUN Kajang juga tidak dipenuhi dan juga
sebagai ahli Parlimen (Permatang Pauh).
"Dan saya menilai lantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang bukan
kerana kebolehan beliau tetapi kerana agenda tertentu terutama sekali
bagi kepentingan DAP untuk mengawal Pakatan Rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.