OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru umat Islam agar
memboikot rancangan hiburan realiti TV yang boleh melalaikan dan tidak
mematuhi garis panduan syariat Islam.
Melalui khutbah Jumaat hari ini Jawi berkata, program TV berkenaan
merupakan salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata
untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama anak remaja.
“Namun, realitinya berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam?
“Bahkan, jika diamati, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama
artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis,
membuka aib artis dan sebagainya.
“Malah, rancangan realiti juga membawa anasir negatif seperti membuat
lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya,”
katanya menerusi khutbah hari ini yang bertajuk ‘Jihad Memerangi
Kebatilan’.
Jawi berkata, sebagai umat Islam wajib bagi kita menangani gejala
negatif ini selaras dengan garis panduan hiburan dalam Islam yang
disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kawallah minat anak kita daripada hiburan yang melalaikan dan asuhlah
mereka supaya meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam.
“Mari kita boikot rancangan tersebut,” katanya.
Jawi turut mengingatkan umat Islam agar berjihad menentang fitnah di
media sosial kerana terdapat juga berita yang disebarkan mengandungi
fitnah dan mahu memecahbelahkan kesatuan pemikiran umat Islam.
Katanya, selain cenderung memecahbelahkan kesatuan pemikiran sesama
umat Islam, ia juga dapat menggugat sistem pentadbiran kerajaan dan
mewujudkan suasana politik yang tidak stabil di negara ini.
“Jika kita berhati-hati dalam menerima sesuatu berita serta sentiasa
meneliti kesahihannya nescaya agenda sesetengah pihak yang mahu melihat
umat Islam berbalah sesama sendiri akan terkubur.
“Mimbar juga ingin mengingatkan jemaah sekalian supaya janganlah
menjadi penyebab atau agen penyebaran berita palsu yang mengundang
fitnah tersebut,” katanya.
Jakim pada bulan lalu mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam
Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak
terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan
peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan
persembahan mereka.
Jabatan itu juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan
perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan
menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap
suci bagi penganut agama selain Islam.
Garis panduan itu dikeluarkan selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk
dokumen di laman web Jakim.
Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai
peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan
sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau
sivil.
Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak
memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi
penonton.
Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai
jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh
melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.
Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan
artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa
kepada ketawa melampau.
Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara perlu ditangisi.
Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh
sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi
unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung
kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.
Jakim berkata persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur
lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, dan
tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu
persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.
Jakim juga menetapkan, muzik yang mengiringi persembahan mestilah
mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak
membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam. – 29
Mei, 2015.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru umat Islam agar

membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.