Khairy Jamaluddin
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan bodoh yang
boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi dalam perlawanan.
Mengulas mengenai Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dibuang padang kerana meludah pemain lawan ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan Sea 2015 di Singapura malam tadi, katanya insiden tersebut amat dikesali.
"Pemain-pemain kita mestilah tahu apabila mereka bertindak seperti semalam, bukan hanya dapat kad merah dan sebagai individu tidak dapat sambung permainantetapi yang lebih penting mereka akan mengecewakan pasukan sendiri dan negara.
"Bermain tanpa seorang pemain itu satu kelemahan dalam pasukan dan walaupun Harimau Muda itu pemain muda namun usia muda tidak bermaksud bahawa awak bodoh," tegasnya.
Khairy ditemui pemberita selepas menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara larian TM Malaysia Fun Run anjuran Telekom Malaysia Bhd sebagai tanda sokongan buat atlet kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan Sea ke-28 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.
Dalam perlawanan di Stadium Bishan malam tadi, susulan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang, pasukan Malaysia mempamerkan aksi tempang dengan 10 pemain dan hanya menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste.
Khairy turut menggesa skuad Harimau Muda memperkemas mutu persembahan mereka untuk berdepan pasukan Vietnam dan Thailand pada perlawanan akan datang yang dijangka memberi tekanan lebih hebat berbanding Timor Leste.
"Saya harap pemain-pemain kita dan jurulatih Datuk Ong Kim Swee dapat mengambil iktibar daripada perlawanan semalam dan mengurangkan kesilapan untuk tunjukkan aksi sebenar.
"Saya yakin semalam bukanlah aksi sebenar Harimau Muda dan yakin mereka dapat pamerkan aksi yang lebih baik daripada semalam," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.