KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki
mengkritik anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada
anak-anaknya sendiri.
Mesej menerusi aplikasi WhatsApp memetik pendedahan The Malaysian Insider itu mendedahkan, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.
"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.
"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.
Kenyataan Zuhdi itu turut dilaporkan tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

Dia rasa dia tak mati ke? kita tidak tahu bila dia mati nanti siapa yang mandikan dia.siapa yang kuburkan ,siapa ayng sembahyangkan dia..janagn sombong nanti terpalit pada diri sendiri.muhasabah dirilah wahai Dr .haiwan
BalasPadam