MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Bank
Negara Malaysia terhadap dakwaan menutup hutang firma pelaburan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir berkata tindakan sedemikian boleh mendedahkan bank pusat itu kepada pendakwaan jenayah.
Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti
Akhtar Aziz pada Selasa yang mengesahkan menerima laporan Pihak Berkuasa
Monetari Singapura (MAS) berhubung 1MDB tetapi enggan mendedahkan
butirannya.
"Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan
laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi
pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini
juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara," kata
beliau dalam blognya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.