Aku melihat keengganan dua ‘tokoh’ penting dalam IMDB, Arul dan Shahrul yang enggan untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) sebagai suatu tindakan yang kurang beradab dan tidak menghormati Parlimen (yang bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa PAC berkenaan).
Laporan dari Malaysiakini menyebut bahawa,”1Malaysia Development Berhad (1MDB) president and executive director Arul Kanda will not attend the Public Accounts Committee (PAC) meeting…..Earlier, sources told Malaysiakini that Arul and former chief executive officer (CEO) Shahrol Halmi, who was also slated to testify tomorrow, have asked for a time extension……the reason given for their absence was that the duo are currently on a working trip abroad”
Alasan yang diberikan untuk tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan adalah disebabkan mereka terpaksa menghadiri satu mesyuarat di luar negara. Maknanya dua orang ‘tokoh’ ini nampak lebih penting daripada PAC dan PAC terpaksa akur dengan alasan yang diberikan. Bermakna status dan kedudukan mereka adalah lebih penting daripada PAC yang dilantik oleh Parlimen dan di mana ahlinya terdiri daripada wakil parlimen yang dipilih oleh rakyat. Seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa kedudukan mereka adalah amat penting yang mana sehinggakan PAC juga harus menyesuaikan ‘jemputan mesyuarat’ dengan jadual mereka yang telah ditetapkan lebih awal.
Rasa mahu bersetuju pula dengan kenyataan YB Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa tindakan kedua-dua orang tokoh itu adalah sebagai satu penghinaan dan harus dpecat serta merta. Seterusnya beliau berkata,"This is ridiculous. It was bad enough in the past when they didn't openly come out to clarify and set the facts straight….But now their refuse to attend the PAC meeting […] that is the final insult and (Arul) should be sacked immediately……in any other parliament in the world, when the highest committee like a PAC summons you, because your actions have public impact, they would have to attend.” Malaysiakini 25 Mei 2015.
Berbagai tuduhan dan tohmahan telah dilemparkan kepada mereka yang enggan menhadirkan diri di mesyuarat berkenaan sehingga akhirnya mencul kenyataan dari kedua-dua mereka yang menafikan yang mereka tidak mahu menghadiri mesyuarat berkenaan. Dalam satu kenyataannya Arul Kanda menyatakan,’ “Both, Arul Kanda and Datuk Shahrol Halmi, look forward to appearing before the committee and having the opportunity to clarify 1MDB's position," Malaysian Insider 25 May 2015
Rakyat mungkin tidak tahu kedudukan sebenarnya. Dan rakyat tidak pula mahu melemparkan tuduhan melulu sehingga diketahui kedudukan sebenar-benarnya. Apakah sahih yang pada mulanya mereka tidak mahu menghadiri mesyuarat berkenaan sehinggalah mendapat tekanan yang begitu kuat daripada golongan ‘blogger’ yang amat perihatin tentang usaha untuk ‘menyelamat’ negara kini.
Yang agak menghairankan ialah tentang ketidak-pekaan golongan rakyat Malaysia yang kononya sebagai ‘pejuang’ dan ‘pembela’ negara tetapi kini kelihatan agak ‘senyap’ dan semacam menyembunyikan diri. Ke manakah perginya PERKASA. Ke mana hilangnya ISMA? Ke manakah ghaibnya ‘pejuang-pejuang’ yang sanggup memikul kepala lembu dan menendang masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang suatu ketika dulu.
Apakah mereka tidak peka dengan ‘bahana’ yang akan ditimbulkan oleh IMDB ini. Ataupun apakah mereka bersetuju dengan tindakan IMDB yang dikatakan akan menghancurkan ekonomi negara dan ‘memufliskan’ negara Malaysia. Apakah golongan ini tidak yakin tentang apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dan beberapa orang puak pembangkang (termasuk Blogger) yang sentiasa ‘terpekik terlolong’ memperkatakan sesuatu mengenai keburukan IMDB itu.
Turut diselubungi rasa sedih rakyat ialah tentang sikap sebahgian besar para pemimpin kita terutama para Menteri, Wakil Parlimen, Pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan yang turut juga ‘mengunci mulut’ berkaitan dengan isu IMDB. Rakyat tertanya-tanya mengapa keadaan terjadi demikian. Apakah mereka masih belum memahami isu ini dengan sejelas-jelasnya atau apakah mereka turut ‘bersubahat’ untuk menyembunyikan isu IMDB ini daripada diketengahkan. Tidak masuk akal sekiranya mereka tidak tahu langsung penyelewengan yang berlaku dalam IMDB ini.
Mengapakah mereka tidak memainkan peranan mereka sebagai ‘suara dan lidah’ rakyat terbanyak. Mengapa?
YBM Tengku Razaleigh Hamzah ada mengatakan, “The entire cabinet should be held responsible for the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) imbroglio. The veteran Umno lawmaker said Prime Minister Najib Abdul Razak should not be solely blamed for this matter….Everybody in the cabinet must be collectively responsible for this problem. You cannot say 'this is your problem, not my problem'," Malaysiakini 25 Mei 2015.
Kadang-kadang terfikir juga aku bahawa para pemimpin (kalau boleh dipanggil sebagai pemimpin) kita sudah seperti apa yang berlaku dalam cerita Si Luncai yang membiarkan ‘si Luncai terjun dengan labu-labunya’.
Maka berteriaklah segala ‘pemimpin’ kita. “Biarkan…..biarkan……..”
abuhassanadamhttp://abuhassanadam.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.