MALAYSIAKINI
Seramai 48 orang tertuduh dalam jenayah pemerdagangan manusia di selatan
Thailand mula dihadapkan ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan semalam.
Antara mereka ialah bekas ketua Lembaga Pentadbiran Wilayah Satun, Nai
Pajuban Angchotipan atau Koh Tong, yang dikatakan sebagai ketua sindiket
yang terbesar di Satun.
Beliau menghadapi 12 tuduhan dan satu lagi tuduhan belum diumumkan kerana polis masih mengumpul bukti dan dokumen.
Timbalan Ketua Polis Bahagian ke-8, Mejar Jen Polis Pawin Ponsirint,
sebagai Ketua Polis Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia telah
bermesyuarat bersama polis bahagian ke-9 di Pusat Operasi Polis Bahagian
ke-9, daerah Hatyai, Songkhla sebelum memulakan pendakwaan.
Selepas selesai mesyuarat, pegawai polis dan pendakwa pergi ke Mahkamah
Wilayah Natawi untuk membacakan tuduhan tambahan kepada 48 orang yang
ditahan dalam penjara di Mahkamah Wilayah Natawi.
Tuduhan terbaru iaiah jenayah merentas sempadan kerana jenayah
pemerdagangan manusia itu melibatkan pelbagai negara seperti Thailand,
Myanmar dan Malaysia.
Tiga tuduhan awal yang dikenakan sebelum ini ialah pemerdagangan
manusia, memberi bantuan kepada warga asing masuk ke Thailand secara
haram dan menahan orang lain tanpa kebebasan dan untuk tujuan wang
tebusan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.