SHAH ALAM: Dua nama besar dalam industri teknologi, Yahoo dan Microsoft
adalah dua syarikat yang sering bersaing, tetapi mereka mempunyai
pesaing terhebat iaitu Google yang mendominasi banyak perkara dalam
dunia teknologi dan internet.
Berikutan persaingan sengit itu, Yahoo dan Microsoft memutuskan untuk
menjalin kerjasama pada tahun 2010 bertujuan meningkatkan perniagaan
mereka dan mengalahkan Google yang kini terlalu kuat sebagai teraju
dalam segmen enjin carian.
Namun selepas lima tahun, hubungan erat itu mungkin mencapai
penghujungnya kerana dikhabarkan Yahoo dan Microsoft mungkin membubarkan
kerjasama mereka.
Kerjasama itu yang direncanakan untuk bertahan selama 10 tahun, nyata
cukup memberikan cabaran besar kepada dua syarikat berkenaan dan kini
mereka berasakan tempoh lima tahun sudah lebih dari mencukupi.
Dikhabarkan perbincangan di antara pihak Microsoft dengan Yahoo
mengenai kerjasama itu masih berjalan walaupun perancangan awal
menetapkan 30 hari selepas 23 Februari lalu untuk mencapai kata putus
tetapi terpaksa dipanjangkan menjadi 60 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.