Saksi melihat sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.
Sehingga kini, belum ada mangsa nahas itu yang dikeluarkan pihak berkuasa dari tempat kejadian.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.
Menurut jabatan itu lagi kesemua enam penumpang helikopter itu sudah ditemui.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.