Datuk Seri Alias Ahmad
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan beberapa barangan mengalami penurunan
harga di seluruh negara selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, hasil analisa terhadap harga barangan bagi April berbanding Mac lalu, 99 barang telah mengalami penurunan harga di Semenanjung dan 145 di Sabah serta 102 di Sarawak.
"Ini bukti bahawa selepas pelaksanaan GST, tidak semua barang naik harga. Sebab barang-barang ini dikecualikan GST yang tidak boleh dikenakan 6 peratus.
"Peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga. Sebab itu kita minta pengguna lapor kepada kita," katanya pada sidang media di KPDNKK, hari ini.
Melalui senarai barangan harga turun hasil analisa harga bulan April berbanding Mac di Semenanjung, 99 barangan tersebut mengalami penurunan antara satu sen sehingga RM7.80.
Antaranya, udang putih besar import, ikan bawal putih import, tomato, Dumex Dupro Langkah 2, bawang besar Import China, telur ayam, ayam bersih Super, minyak sawit campur Cap Pisau dan teh boh sebuk.
Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ada barangan dalam kategori sama yang mengalami kenaikan susulan punca yang tidak dapat dielakkan.
"Harga barang yang naik itu ada memang tak dapat dielakkan. Macam kobis bunga, kacang bendi...Sebab cuaca, kadar mata wang," katanya.
Melalui pembentangan pegawai KPDNKK dalam sidang media sama, beberapa faktor lain turut memainkan peranan dalam kenaikan harga barangan tersebut iaitu kondisi bekalan yang diterima.
“Kebanyakan barangan basah tidak dikenakan GST dan komoditi barangan basah sensitif terhadap sebarang perubahan ekonomi dan cuaca,” katanya.
Ketika ditanya mengenai senarai barangan yang mengalami kenaikan harga, beliau memberitahu pihaknya akan mengemukakan senarai barangan naik kelak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.