MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar salah apabila membersihkan
penunjuk perasaan antisalib di Petaling Jaya sebelum siasatan dibuat,
kata pendahulunya Tan Sri Musa Hassan.
“Beliau patut bertindak secara profesional,” katanya apabila disoal berhubung perkara itu.
Musa berkata Khalid berkata Khalid sepatutnya menjalankan siasatan terlebih dahulu daripada berkata tiada kesalahan dilakukan.
Bekas ketua polis itu juga menyarankan supaya Khalid sendiri tidak
terlibat dalam kes itu memandangkan abangnya antara yang terlibat dalam
demonstrasi itu.
Sebaliknya, kata Musa, Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sepatutnya yang menguruskan kes tersebut.
"Saya rasa polis perlu lebih profesional. Saya sendiri, kalau mana-mana
anggota keluarga sya terlibat, saya tidak sepatutnya terlibat,
penyiasatan perlu dilaksanakan," katanya.
Menurutnya lagi, perhimpunan bantahan di gereja itu tidak sepatutnya berlaku pada peringkat awal lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.