Pengarah
Bahagian GST JKDM Datuk Subromaniam Tholasy (kiri) bersama Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad (kanan) selepas sidang
media berkaitan pemantauan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di
Bangunan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan semalam. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kenaikan harga kad tambah nilai prabayar, sotong, ikan, air
mineral dan gula antara aduan yang diterima Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada hari pertama
pelaksanaan GST, semalam.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Alias Ahmad berkata, sebanyak 419 jumlah aduan dan pertanyaan berkaitan GST diterima kementerian itu sepanjang 8 pagi sehingga jam 2 petang semalam.
Daripada jumlah itu, sebanyak 118 aduan mengenai kenaikan harga yang dilihat mempunyai elemen menunjukkan peniaga cuba mengambil keuntungan berlebihan yang boleh disabitkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau menegaskan akan menuntut hukuman maksimum bagi kesalahan yang dilakukan peniaga.

“Hukuman di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan bagi individu
ialah (denda) RM100,000 bagi kesalahan pertama atau tiga tahun penjara
atau dua sekali.
“Bagi syarikat, kalau telco terlibat sama nanti (dalam kes kenaikan harga kad top-up), kesalahan pertama ialah (denda) RM500,000, kesalahan kedua (denda) RM1 juta. Mahkamah akan tentukan hukuman. Kita akan tuntut hukuman semaksimum mungkin,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T Subromaniam untuk memaklumkan perkembangan hari pertama pelaksanaan GST, semalam.
Namun di sebalik kekalutan banyak pihak pada hari pertama pelaksanaan GST, aduan yang disampaikan pengguna kepada KPDNKK ada yang hanya mengambil tempoh satu jam untuk disiasat.
“Apabila aduan dibuat, kami akan terus salurkannya kepada penguat kuasa di negeri terlibat.
“Ada kes hari ini (semalam) yang kami hantar penguat kuasa ke lokasi yang diadukan hanya dalam masa sejam selepas aduan dibuat,” katanya.
KPDNKK membuka Pusat Gerakan Antipencatutan di peringkat pusat dan negeri sejak kelmarin yang beroperasi selama 24 jam dan dikendalikan 40 pegawai sebagai persediaan menghadapi GST.
Katanya, pusat itu ditugaskan menerima pertanyaan dan aduan berkaitan GST.
“Kalau ada yang KPDNKK tak dapat jawab, kami akan panjangkan soalan itu kepada kastam yang bertanggungjawab mengenai cukai ini,” katanya.
90 peratus syarikat patuhi GST

Beliau menerangkan, KPDNKK bertanggungjawab terhadap kesan pelaksanaan
GST dari segi harga barang dan kenaikan harga yang boleh membawa kepada
pengambilan margin keuntungan berlebihan dan tidak munasabah.
Sementara itu, Alias berkata aplikasi MyKira GST yang dilancarkan
kelmarin, digunakan 10,696 pengguna sehingga jam 3 petang semalam untuk
menyemak harga sebelum dan selepas GST serta harga julat.
Katanya, sebanyak 61 aduan diterima melalui akaun Facebook dan Twitter
KPDNKK serta sebanyak tujuh kes dibuka, semalam, khusus berkaitan GST.
Katanya, empat daripada kes itu berkaitan kad tambah nilai atau top-up
dan semua peniaga terlibat telah diberikan notis penjelasan dalam
tempoh tiga hari berhubung aduan yang dibuat sebelum tindakan diambil
mengikut undang-undang sesuai.
Alias mengingatkan pengguna supaya menyimpan resit bagi tujuan aduan supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak KPDNKK.
“Di negara lain, tidak ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan tetapi kuasa pengguna mereka sangat kuat,” katanya.
90 peratus syarikat patuhi GST
Subromaniam berkata, operasi bersama antara kastam dan KPDNKK bermula
sejak malam kelmarin dan sehingga jam 3 petang semalam, sebanyak 480
syarikat di seluruh negara dilawati.
Katanya, daripada jumlah itu, kurang 40 syarikat didapati tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah GST.
“Ini bermakna lebih 90 peratus syarikat yang dilawati mematuhi
peraturan GST dengan mengeluarkan resit dan mengenakan GST,” katanya.
Katanya, hampir semua peniaga memaklumkan pengguna yang membeli barang
tidak mengadu mengenai GST, sekali gus menunjukkan rakyat negara ini
sudah menerima penggunaan GST.
Sementara itu katanya, kastam menerima lebih 800 aduan semalam dengan
aduan paling popular mengenai syarikat yang tidak menunjukkan nombor
pendaftaran GST di dalam resit tetapi mengenakan cukai itu dalam harga
akhir.
“Salah satu keperluan di bawah undang-undang GST ialah resit di
peringkat peruncitan atau semasa peniaga menjual barang, resit itu mesti
ada angka 12-digit iaitu nombor pendaftaran GST.
“Ada juga aduan syarikat itu ada nombor GST tetapi tidak kenakan GST.
Bermakna barang yang dijual sepatutnya kena caj GST tetapi (penjual)
tidak kenakan,” katanya.
Menurutnya, apabila disiasat, didapati walaupun syarikat terbabit
sudah berdaftar untuk GST, sistem pembayaran di kedai mereka belum
ditukar sistem GST.
“Jadi kita akan pantau keadaan ini dan operasi ini akan berterusan
sehingga semua peniaga mematuhi sistem pelaksanaan GST,” katanya.
Selain itu, Subromaniam berkata, pusat panggilan kastam seluruh negara
juga amat sibuk dengan hampir 3,000 panggilan diterima sehingga jam 3
petang semalam.
“Ada panggilan yang kita tak dapat jawab kerana tempoh panggilan
(setiap pemanggil) yang panjang dan setiap pemanggil ada banyak soalan.
Orang awam juga ada hubungi kami, bukan hanya peniaga. Itu juga antara
sebab talian kami amat sibuk.
“Tetapi ini akan diperbaiki. Kita telah tambah talian baharu di
seluruh negara dan kita jangka pusat panggilan ini akan bertambah baik
dalam beberapa hari akan datang,” katanya.
Beliau meminta pelanggan memainkan peranan dengan menuntut resit semasa membuat apa-apa pembelian.
Menurutnya, semua peniaga telah dimaklumkan pengeluaran resit kepada
pelanggan adalah tanggungjawab yang besar di bawah GST bagi setiap
peniaga yang berdaftar.
“Pagi tadi saya bersarapan di sebuah restoran, saya minta resit mereka
kata sistem belum bersedia. Saya minta juga resit secara bertulis
tangan.
“Pelanggan kena pastikan wang yang peniaga pungut itu pergi kepada
kerajaan. Sebab itu, resit ini penting dan kastam akan pantau dengan
melihat kepada nombor pendaftaran GST,” katanya.
Tambahnya, menjadi kesalahan serius jika peniaga tidak berdaftar GST mengenakan caj cukai itu kepada pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.