MALAYSIAKINI
Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menggesa 1Malaysia Development
Bhd (1MDB) mendedahkan segala maklumat yang perlu untuk meredakan
kebimbangan mengenai firma pelaburan tersebut.
"Saya tiada penyelasaian kepadanya, tetapi saya fikir, kita mungkin
sepatutnya tahu – dedahkan apa yang patut untuk membolehkan rakyat
mendapat gambaran sebenar demi meredakan kebimbangan mereka.
"Saya hanya katakan apa yang nyata, semua orang bimbang mengenainya, jadi anda mesti redakan kebimbangan.
“Biar tiada lagi kebimbangan, itu sahaja,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga adik kepada perdana menteri diminta memberikan pendapat
untuk menyelesaikan isu 1MDB susulan kritikannya ke atas firma itu,
Khamis lalu.
Firma berkenaan tidak muncul di satu forum pelaburan utama, yang
sepatutnya boleh menjadi medan untuk menangani isu melibatkan syarikat
dicetuskan perdana menteri itu.
Tambahnya, rakyat akan membayangkan senario paling buruk jika tidak diberikan maklumat mengenai perkara itu.
Nazir bagaimanapun setuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz bahawa 1MBD bukanlah satu “risiko sistemik”.
Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa isu berkenaan perlu dijelaskan.
Tambahnya lagi, kebimbangan itu akan menjejaskan sentimen pelaburan, pasaran saham dan nilai ringgit.
Beliau menggesa demikian ekoran keengganan 1MDB untuk menjawab laporan
yang mendakwa, jutawan Jho Low mengaut dana syarikat tersebut.
1MDB memberi alasan, firma itu tidak boleh mengulas mengenai spekulasi dan khabar angin di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.