Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Chedet Gesa Batal Segera GST. Bebankan Rakyat! : Jurucakap NO.1 GST Malaysia, Ahmad Maslan yang sekarang ini cukup sibuk dengan aktiviti penerangannya ke seluruh Malaysia terhadap, keindahan, kebaikan, kecekapan dan segala macam yang baik-baik tentang pelaksanaan GST Malaysia yang dibuat sekarang ini menemplak mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang mencadangkan supaya batal GST Malaysia dihentikan pada masa sekarang ini.
Ini kerana Ahmad Maslan merasakan Tun Dr Mahathir masih lagi kabur dan tidak faham pelaksanaan GST Malaysia ini.
Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Mahathir Tidak Faham?
Hebat. Kepada Ahmad Maslan, Berita Semasa ada persoalan seperti di bawah ini :“Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan batal GST?,”
- kenapa reload sekarang sudah naik harga?
- kenapa dahulu bil internet dan segala benda naik harga?
- padahal dahulu SST 10% harga reload RM10 bil RM199
- GST datang reload jadi RM10.60 bil internet jadi RM210.9?
Di manakah penjimatan dan harga rendah
yang dicanang oleh anda, wahai Ahmad Maslan? Yang rakyat paham sekarang,
mereka bayar lebih?
P/S : Jikalau dahulu, kejatuhan empayar Melaka berpunca antaranya lain disebabkan sikap “tin kosong“,
pembodek dan pengampu seperti Raja Mendeliar dan si Kitul. Rakyat
Malaysia tidak sanggup menerima jelamaan Raja Mendeliar dan si Kitul
buat kali kedua.
PP/S : Seorang pemimpin tidak boleh guna teori dalam buku semata tanpa perhatikan realiti pelaksanaan di lapangan bagaimana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.