MALAYSIAKINI
British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan dakwaan harga rokoknya
naik sehingga kepada RM17.50 sekotak selepas Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) dimulakan minggu depan.
“Setelah semakan semula, BAT Malaysia ingin tegaskan bahawa senarai
harga ini adalah palsu dan kami akan membuat laporan polis berhubung
perkara ini,” menurut kenyataan syarikat gergasi rokok itu semalam.
Senarai palsu di Internet itu antaranya mendakwa beberapa jenama popular
rokok naik harga sebanyak RM2.50 sekotak kepada RM14 hingga RM17.50
sekotak mengikut jenama.
Harga rokok terkini antara RM12 hingga RM14 bagi 20 batang selepas kali terakhir dinaikkan November tahun lalu.
BAT, pengeluar jenama popular Dunhill, itu turut menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan senarai harga palsu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.