Selasa, 3 Mac 2015

SPRM tahan 15 termasuk bekas pegawai UPP


Banduan. - Gambar hiasan Banduan. - Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam  menahan 15 individu termasuk 13 pegawai penguat kuasa bagi membantu siasatan berkaitan penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran.‎

Turut ditahan seorang bekas penguat kuasa serta seorang awam.

"Kesemua mereka kecuali orang awam, yang merupakan pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), dipercayai  melindungi pengusaha-pengusaha stor minyak petrol dan diesel yang tidak berlesen di sekitar Durian Burung, Kedah.

"Daripada yang ditahan itu, lima merupakan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), seorang bekas pegawai UPP dan masing-masing enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak dan dua di Kedah," kata satu kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pesara yang ditahan merupakan seorang bekas pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ASP) yang bersara baru-baru ini. Dia ditahan di rumahnya di Alor Star.

Sebahagian anggota UPP ditahan di Kompleks Unit Pencegahan Penyeludupan di Bukit Kayu Hitam manakala anggota PGA terbabit ditahan di sekitar Bukit Kayu Hitam.

Seorang awam, yang  dipercayai bersubahat dengan suspek, ditahan di Ipoh.

Kata kenyataan itu, kesemua mereka, yang berumur antara 20-an dan 60-an, merupakan anggota polis dan pegawai berpangkat Konstabel, Koperal dan ASP.

Mereka ditahan sejak pagi ini.

Pegawai-pegawai penguat kuasa terbabit ditahan dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Licin 2 yang diadakan di negeri Perak dan Kedah.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, tambah kenyataan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.