Rabu, 25 Mac 2015

Rakyat menunggu penuh harapan harga minyak turun April ini



Oleh Joe Leong


Kejatuhan minyak mentah yang diniagakan Amerika (US-traded) minggu lalu, pada nilai terendah dalam tempoh 6 tahun, dan hakikat bahawa secara umumnya harga itu lebih rendah pada bulan ini berbanding Februari barangkali memberi harapan kepara rakyat Malaysia bahawa kerajaan akan menetapkan harga yang lebih rendah bagi RON95, RON97 dan diesel untuk April.

Baru sahaja sebahagian peniaga merasa yakin bahawa harga minyak mentah berada di paras terendah, ia terus menjunam pada minggu lalu, dengan tanda terus menunjukkan bekalan yang melebihi permintaan, menyebabkan pelabur terus menjadikan harga minyak mentah diniagakan Amerika merosot di paras terendah bagi tempoh enam tahun.

“Penjualan itu menyangkal pendapat ramai pedagang dan penganalisis di Wall Street yang skeptikal dengan rally pada Februari, yang berpunca daripada pengurangan aktiviti menggerudi dan permintaan minyak yang meningkat di Amerika,” kata satu laporan oleh the Wall Street Journal.

Pada 16 Mac, penghantaran minyak mentah bagi April menurun 2.1 peratus kepada US$43.88 segelen di New York Mercantile Exchange, menurun kelima berturut-turut dalam sesi dagangan dan tahap terendh sejak Mac 2009.

Pada masa sama, garis panduan global, Brent pula memurun 2.2 peratus, pada harga US$53.44 segelen di ICE Futures Eropah – nilai terendah bagi tempoh enam minggu.

Jika dibuat perbandingan dengan bulan lalu, harga minyak Brent meningkat kepada US$62.58 segelen pada 27 Februari, manakala minyak mentah Amerika meningkat kepada US$49.76 segelen.

Mengulas kepada trend harga terbaru ini, laman Oilprice.com berkata, pengeluar mungkin merasakan mereka hampir keluar darpada kebuntuan, namun tahap pengeluaran daripada minyak syal Amerika telah menghalang rally daripada berlaku.

“Penurunan nampaknya akan berlaku. Selepas hampir dua bulan dengan kenaikan sederhana, menjelang pertangahan Mac ia akan kembali melemah. Harga Brent menunjukkan sedikit keteguhan, namun tanda aras WTI – yang merupakan penanda utama bagi minyak mentah Amerika Utara – menurun ke tahap terendah bagi tempoh enam tahun,” kata laporan itu lagi.

Harga minyak global mengalami kemerosotan sejak Jun 2014 ekoran pengeluaran yang berlebihan dan tidak menunjukkan tanda pemilihan, yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yakin bahawa harga petrol akan lebih murah pada tahun ini.


Namun, penasihat Menteri Petroleum Arab Saudi Dr Ibrahim Al-Muhanna berkata, berbanding lebihan pengeluaran yang menyebabkan pasaran yang tidak seimbang, spekulasi berlebihan yang menjadi punca sebenar keadaan ini.

Beliau berkata, Thomas Friedman dan ahli teori konspirasi lain yang perlu dipersalahkan berhubung kejatuhan harga minyak.

“Kejatuhan harga baru-baru ini sebahagian besarnya ekoran jangkaan dan persepsi tentang bekalan dan permintaan pada masa depan…dan kepercayaan lazim terhadap teori konspirasi yang tidak benar,” Al-Muhanna dilaporkan berkata, ketika berucap di mesyuarat Institute of International Finance baru-baru ini.

Beliau mendakwa, gambaran yang diberikan media berhubung keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk tidak mengubah kuota pengeluarannya telah diputar belit sehingga di luar kawalan.

“Teori konspirasi beralih sepenuhnya. Daripada menentang Russia dan/atau Iran, kepada menjejaskan pengeluaran minyak syal Amerika. Dan ada yang mengatakan OPEC sudah tiada! Ia seperti merenung logamaya. Semuanya mengarut, namun Ia memeberi impak kepada harga minyak,” katanya lagi.

Pada tahun lalu, kerajaan Malaysia memutuskan untuk memansuhkan subsudi minyak dan menggunakan sistem apungan terurus bagi menetapkan harga petrol secara bulanan. Pengumuman seterusnya dijangka pada 31 Mac ini.

Keputusan penting itu kemungkinan besar akan dibuat dalam mesyuarat Kabinet minggu ini berdasarkan cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-ehwal Pengguna, dan dengan rundingan bersama Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran berhubung kos barangan dalam negara serta kadar tukaran wang, dalam menetapkan harga runcit petrol dan diesel.

Harga pada bulan Februari adalah RM1.70 seliter bagi RON95, dan RM2 bagi RON97. Harga itu jatuh 21 sen (RON95) dan 11 sen (RON97) berbanding Januari.

Namun, harga meningkat bagi bulan Mac, dengan RM1.95 seliter bagi RON95 dan RM2.25 seliter bagi RON97. Diesel pula dijual pada harga RM1.95 seliter.

Dengan kebimbangan meluas terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini, rakyat Malaysia tentunya berharap harga minyak akan sedikit menurun pada tahun hadapan, agar dapat mengurangkan beban kewangan yang dijangka semakin berat bagi setiap lapisan masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.