MALAYSIAKINI
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang
akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti
itu Jun ini.
Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.
"Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden,"
katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana pasca banjir di
Kota Bharu hari ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang
turut dihadiri ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.
Mengenai jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu,
Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.
Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat
ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot
untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Abdul Hadi akan kekal
sebagai presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.
"Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita.
"Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (presiden) mesti orang
yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu
mentadbir," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.