Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM: Kumpulan wang disatukan meningkat sebanyak RM226 juta dalam tempoh dua bulan menjadikan rizab negeri berjumlah RM3.4 bilion sehingga 28 Februari 2015.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata simpanan yang semakin kukuh itu perlu diterjemahkan untuk manfaat rakyat bagi memastikan mereka turut sama menikmati hasil negeri.
“Namun seperti yang ditegaskan berulang kali, apa maknanya kalau Kerajaan Negeri mencatatkan pertumbuhan yang begitu tinggi, simpanan yang kukuh tetapi tidak dapat dikongsi oleh rakyat.
“Tidak ada maknanya kerajaan dan pimpinan kaya kalau rakyat susah, sebab itulah kita lancarkan pelbagai program supaya kekayaan ini dapat dikongsi dengan rakyat Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.
Mohamed Azmin memaklumkan perkara peningkatan simpanan rizab itu berdasarkan Mesyuarat Tertinggi Kewangan Negeri Selangor pagi tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.