Ridzwan (kanan) menunjukkan buku al-Quran yang ditulis tangan oleh pelajar kepada Husamuddin (tengah).
KOTA BHARU - Madrasah Tahfiz AlHuda, Kubang Kerian mencipta keunikan
tersendiri apabila mendidik pelajarnya bukan sahaja membaca dan
menghafal, sebaliknya mereka turut dilatih menulis al-Quran.
Pengetuanya, Rizdwan Abd Ghani berkata, usaha berkenaan dilakukan sejak setahun lalu dalam usaha membolehkan pelajar mudah menghafal, sekali gus menghargai setiap patah perkataan yang terkandung dalam al-Quran.
“Saya ada mendengar ceramah sebelum ini yang menyarankan penulisan al-Quran secara manual (tulis tangan) dilakukan dalam usaha mengenali al-Quran dan kami sudah melakukannya sejak tahun lalu.
“Setakat ini, 20 pelajar sudah mempunyai buku berkulit tebal dan diwajibkan menulis al-Quran dan selepas digunakan, ia disimpan di dalam rak untuk kemudahan koleksi kami,” katanya kepada Sinar Harian semasa menerima kunjungan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub di Madrasah Tahfiz AlHuda, kelmarin.
Turut hadir, Ketua Pentadbiran Madrasah Tahfiz AlHuda, Mat Ludin Muhammad.
Bagaimanapun beliau berkata, usaha menulis al-Quran tersebut terpaksa dihentikan sejak beberapa bulan lalu memandangkan kekangan kewangan.
“Harga buku kulit tebal itu RM40 sebuah dan sebelum ini kami hanya mampu menyediakan 20 buku sahaja,” katanya.

Kekangan kewangan insyaAllah dapat diatasi dgn mengusahakan kedai runcit, warong makan dan sebagainya yg bolih memberi khidmat pd pelajar sendiri (‘captive market‘) dan penduduk sekitar. Pendapatan mungkin juga dapat dijana insyaAllah dgn mengajar al Qur'an pd penduduk setempat yg agak 'middle class'. Ini hanya lontaran ide dari orang luar kawasan, mungkin yg berada diKubang Kerian jauh lebih arif. Namun usaha pihak tuan selama ini insyaAllah diberkati Allah, dan diharap usaha2 dinaikkan lagi selangkah ke tadabbur al Qur'an dan seterusnya pengamalan ajaran 2nya.
BalasPadam