MALAYSIAKINI
Tanggapan kononnya sekolah aliran agama merupakan medan melahirkan
golongan ekstremis atau terlibat dengan kumpulan seperti militan IS
adalah tidak berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata mutakhir ini, persepsi sebegitu kerap kedengaran.
"Mereka yang terlibat dalam kegiatan ini bukanlah daripada bidang agama,
kalau kita lihat tidak sampai 10 peratus pun... Kegiatan ini hasil
fenomena dan kemunculan baru seperti media sosial dan online dalam
Youtube, Instagram, Facebook dan sebagainya.
"Kita lihat menerusi media online itu ada pendekatan untuk merekrut
mereka yang terlibat dalam kegiatan ini sama ada dalam kalangan lelaki
atau wanita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama
Hidayatul Islamiah di Pulau Betong dekat Balik Pulau hari ini.
Beliau berkata sebaliknya sekolah aliran agama membolehkan asas
pendidikan ditanam dengan lebih tersusun dan berkesan selain memberikan
ruang kepada generasi muda mendalami ilmu dengan lebih terperinci.
Sekolah agama merupakan satu tempat yang paling tepat untuk memberikan
pendedahan serta mekanisme terbaik kepada generasi kini untuk memahami
apakah segala perkara yang dilakukan itu bercanggah dengan Islam atau
sebaliknya, katanya.
Jamil Khir berkata tanggapan dan isu-isu yang sering dimainkan itu
secara tidak langsung menyebabkan kekeliruan anak-anak dalam bidang
keagamaan.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.