shahbudindotcom
Yang
jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang
berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis
mengenainya.
Tetapi
berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang
berikutannya.
Ini
kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan
urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah
selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.
Tetapi
urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa
bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul
persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.
Jika begitu, ia mungkin hanya dapat dibentangkan dalam sesi berikutnya lagi, lagi dan lagi. Semuanya tidak pasti.
Bagaimanapun,
pada ketika ini isu hudud ini sudah terlalu meluas diperkatakan dan
mulai bertukar menjadi senjata untuk memusnahkan pihak lawan pula.
Hudud
seolah-olah telah menjadi alat politik untuk kepentingan pilihanraya
akan datang. UMNO yang melihat kesepakatan dalam PR perlu dimusnahkan
agar BN terus dapat mempertahankan kuasanya, sedang berusaha ketika ini
menjadikan hudud sebagai alat untuk melaga-lagakan antara Pas dengan
DAP.
Ramai
pemimpinnya menyokong Pas dan mengecam DAP kerana dianggap mencampuri
urusan berkaitan Islam. Pas juga dipuji kerana cekal dan berani untuk
menegakkan hukum Allah walaupun pendirian sebenar UMNO sama ada
menyokong atau menolak usul persendirian Haji Hadi nanti belum lagi
dapat dipastikan.
Sementara
Najib Razak sedang melengah-lengahkan masa untuk menyatakan pendirian
berhubung perkara ini, apa yang diharapkan oleh UMNO ialah hudud in
berupaya memecah-belahkan PR dengan cara Pas keluar atau ditendang
daripada gabungan itu.
Jika
Pas keluar dan kemudian bertanding secara sendirian dalam pilihanraya
nanti, ia tentulah rahmat besar bak bulan jatuh ke riba bagi UMNO.
Tetapi
Pas juga menyedari hal ini. Tidak semua pemimpin dalam Pas mahu
berpecah daripada PR. Memang ada kelompok tertentu dalam Pas yang
merasakan PR ini ibarat "motor buruk" yang selalu rosak, namun ramai
juga yang percaya kerosakannya masih boleh diperbaiki lagi berbanding
menjadikan BN sebagai "motor ganti".
Sebab
itu, Pas juga menuntut agar Najib segera menyatakan pendirian rasminya
berkenaan hudud ini. Jika UMNO menyokong, parti itu berisiko untuk
bermasalah dengan rakan-rakan komponen yang lain dalam BN manakala jika
menolak pula bemakna sokongan selama ini termasuk menawarkan diri dalam
Jawatankuasa Teknikal hanyalah retorik semata-mata. Ia juga menyebabkan
UMNO hilang nilai Islamnya di mata pengundi Melayu.
Jika
hudud memungkinkan Pas terus bermasalah dengan DAP, hudud juga
sebenarnya menjadikan UMNO serba-salah antara menjaga hati rakan-rakan
bukan Islamnya dalam BN atau mahu menunjukkan ia juga parti yang
memperjuangkan Islam dan penegak hukum-hukum Tuhan.
Akhirnya,
selain hudud untuk kepentingan politik, ia juga adalah senjata politik
untuk menyerang dan memusnahkan pihak lawan. Perkara yang lebih
realistik sebelum hudud dilaksanakan seperti kekangan Perlembagaan,
sokongan majoriti dalam Parlimen, persediaan dan sebagainya tidak lagi
dihiraukan.
Hudud
lebih diperkatakan dari sudut dan kepentingan politik semata-mata,
terutama dalam mendepani hambatan pilihanraya umum akan datang.
Bila mahu dilaksanakan hudud? Entahlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.